Saturday 23 June 2012

Program Memahami Kitaran Menstruasi & Kebersihan Diri 2012


Tarikh              : 4 Mei 2012
Hari                 : Jumaat
Masa                : 8.00 pagi – 9.00 pagi
Tempat            : Dewan Terbuka SSNM SMKSK


Program Memahami Kitaran Menstruasi dan Kebersihan Diri diadakan atas sumbangan dari Kimberly-Clark. Program ini melibatkan semua pelajar perempuan sekolah yang terdiri daripada pelajar Pendidikan Khas, Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 Atas. Pelajar perempuan yang terlibat adalah seramai 271 orang. Taklimat berkaitan kitaran menstruasi dan kebersihan diri disampaikan oleh Cik Jiji. Celebriti Faezah Elai turut hadir untuk memberi kuiz kepada pelajar dan penyampaian hadiah. Setiap pelajar menerima hadiah saguhati daripada pihak Kotex.

Gambar sepanjang program dijalankan



Pelajar mendengar taklimat daripada wakil Kotex, Cik Jiji.




Pelajar menjawab soalan kuiz yang ditanya oleh Celebriti Faezah Elai





Pn. Goh Bee Lam menerima cenderamata daripada pihak Kotex










No comments:

Post a Comment